 |
|
Tuesday, September 06, 2005
Puasa Enam Hari di Bulan Syawal...
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawwal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun” (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa). Hadis ini menjadi hujjah kepada para ulama khususnya dan umat Islam seluruhnya untuk mengamalkan puasa sebanyak enam hari di bulan Syawwal selepas berjaya menempuhi bulan Ramadhan dengan berpuasa sebulan penuh.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaam di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawwal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya, apatah pula amalan masyarakat kita suka mengadakan kenduri pada musim-musim perayaan. Pada hari raya, ia mencerna pelbagai jenis makanan bermula dari ketupat rendang sehinggalah kepada nasi minyak. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah SWT, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawwal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Bukankah ibadat puasa ini mengikut hadis sebenarnya mengekang nafsu syahwat?
Di dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawwal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari! Subhanallah. Dan sesungguhnya Allah berhak untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha’ dan puasa enam hari di bulan Syawwal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan pausa yang satu? Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qadha’ dan puasa enam dengan berniat puasa qadha’ dibulan Syawwal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekaligus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qadha’ terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qadha’ adalah wajib dan puasa enam adalah sunat.
Kebanyakan ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha’ sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berniat kedua-duanya. Di dalam kitab As-Syarqawi ‘Alat Tahrir yang dikarang oleh Syeikh Zakaria Al-Ansori dinyatakan bahawa jika seseorang berpuasa qadha’ yang tertinggal di bulan Ramadhan atau bulan selainnya, atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawwal, maka ia akan tetap diganjari dengan pahala puasa enam sekalipun ia tidak berniat bahkan jika ia tidak mengetahui sekalipun tentang puasa enam. Ini adalah kerana ia telah mencapai maksud hadis Rasulullah SAW agar berpuasa di bulan Syawwal. Namun, pahala yang diperolehi tentulah kurang daripada orang yang benriat kedua-duanya sekaligus. Beliau mengambil contoh solat tahiyyatul masjid, jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardhu bersama jemaah atau berseorangan, maka dia akan diganjari dengan dua pahala sekaligus iaitu bersama pahala solat tahiyyatul masjid. Ini adalah kerana maksud solat tahiyyatul masjid ialah seseorang bersolat selepas memasuki masjid sebelum ia duduk.
Namun, kebanyakan ulama berpendapat bahawa sekalipun pahala puasa enam bersama puasa qadha’ akan diganjari bersama-sama puasa yang satu, seseorang yang melakukan kedua-duanya secara berasingan tetap akan mendapat kelebihan yang banyak di sisi Allah SWT. Ini adalah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba mencari redha tuhannya.
Persoalan seterusnya, bagaimanakah jika seseorang khususnya wanita ingin berpuasa secara berasingan di antara puasa enam dan puasa qadha’, yang manakah yang sewajarnya didahulukan? Adakah di dalam kes ini kaedah mendahulukan yang wajib dipakai? Syeikh Jaafar Ahmad Tolhawi iaitu salah seorang ulama AL-Azhar menyatakan, puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan di dalam bulan Syawwal sahaja. Adapun puasa qadha’, seseorang itu bebas melakukan di dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya bulan Ramadhan yang akan datang. Ini bertepatan dengan amalan Ummul Mukmin Aisyah RA yang berpuasa qadha’ di bulan Sya’ban dan diperakui oleh Rasulullah SAW dan dikira sebagai sunnah taqririyyah. Namun, jika ia menggabungkan kedua-duanya sekaligus, ia juga diharuskan.
Sebagai kesimpulan, marilah kita sama-sama melakukan ibadat puasa enam yang digalakkan oleh Rasulullah SAW ini. Samada ingin menggabungkan puasa enam dengan puasa yang lain atau ingin melakukannya secara berasingan, itu terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan yang ada pada diri kita. Apa yang penting ialah kita ingin ia menjadi saksi di hadapan Allah SWT nanti sebagai tanda bahawa diri ini benar-benar ingin mencari dan memburu keredhaanNya. Semoga kita dimasukkan di dalam golongan yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Amin.
Ahmad Fadhli bin Shaari,
Kuliyyah Dakwah Islamiyyah,
Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Posted at 12:10 am by apet
Permalink
Monday, September 05, 2005
Artikel terbaik tentang puasa....
Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis bahwa dengan puasa kita belajar mengendalikan hawa nafsu serta mengendalikan setan yang menipu dan menjebak kita. Pada waktu kita puasa, kita membelenggu setan, membuka pintu surga dan menutup pintu neraka.
Kita belajar menahan setan supaya tak masuk ke dalam tubuh kita. Salah satu pintu masuk setan ke dalam tubuh kita adalah melalui makan dan minum. Kita tutup pintu-pintu itu pada waktu siang hari. Kita melemahkan setan; membuatnya tak berdaya. Puasa adalah latihan mengendalikan hawa nafsu.
Di dalam tarekat, puasa adalah upaya mengendalikan diri kita secara lahiriah dan secara batiniah. Secara lahiriah, kita mengendalikan diri dengan mempuasakan seluruh panca indera kita. Dalam ilmu kebatinan, ketika kita melakukan semedi, kita harus menutup tujuh pintu masuk setan. Tujuh pintu itu adalah tujuh lubang dalam tubuh kita. Di antaranya mata, telinga, mulut, dan hidung. Dengan cara itu, kita dapat masuk ke dalam alam kesucian.
Secara lahiriah, puasa yang pertama di dalam tarekat adalah puasa menutup mulut kita atau puasa bicara. Puasa bicara bukan berarti meninggalkan pembicaraan yang kotor atau menggunjing orang lain. Dalam hadis Shahih Bukhari, Rasulullah saw bersabda, "Tidak dihitung mukmin, orang yang suka melaknat orang lain, suka menyakiti hati orang lain, atau berkata kotor." Ketika kita tak berpuasa pun, hal itu tidak boleh dilakukan, apalagi ketika kita sedang berpuasa. Yang dimaksud dengan puasa bicara adalah setelah meninggalkan pembicaraan tersebut di atas, kita menambah atau memperlebar puasa bicara kita dengan tidak membicarakan hal-hal yang tidak perlu. Kita tidak berbicara yang tidak berguna. Ciri mukmin yang sejati adalah menghindarkan pembicaraan yang tidak ada manfaatnya.
Yang dimaksud dengan manfaat di dalam hal ini adalah mendekatkan diri kepada Allah swt. Perkataan yang tidak membawa kita dekat kepada Allah swt adalah perkataan yang tidak bermanfaat. Hentikanlah perkataan seperti itu di dalam bulan puasa. Sebaiknya kita gantikan obrolan kita dengan memperbanyak dzikrullah, zikir kepada Allah swt.
Mengobrol tanpa menggunjingkan atau menyakiti orang lain memang diperbolehkan dalam agama. Tidak ada salahnya dalam hal itu. Tapi alangkah lebih baiknya bila waktu mengobrol itu kita ganti dengan berzikir kepada Allah.
Kita mengurangi suara mulut kita. Jika mulut kita terlalu banyak bicara, kita takkan sanggup lagi mendengarkan suara hati nurani kita. Siti Maryam as dalam Al-Quran dikisahkan pernah berpuasa tidak bicara. Ketika Maryam hilang dari kampung halamannya dan kembali setelah sekian lama dengan seorang bayi, orang-orang bertanya, "Hai saudara perempuan Harun, kau pulang dengan sesuatu yang aneh. Padahal kami mengenal engkau bukan sebagai perempuan nakal, melainkan perempuan saleh. Mengapa tiba-tiba kau pulang membawa anak?"(QS. Maryam: 28) Siti Maryam as diperintahkan Allah untuk puasa bicara. Ia disuruh untuk tidak menanggapi tuduhan yang macam-macam itu. Maryam hanya menjawab, "Aku sudah bernadzar kepada Allah yang Mahakasih bahwa hari ini aku tidak akan berbicara kepada seorang manusia pun." Maryam berjanji kepada Allah untuk berpuasa bicara. Karena Maryam puasa bicara, maka ia mampu mendengar suara bayi dalam kandungannya. Waktu itu juga, ketika Maryam membawa anak kecil, bayi itulah yang menjawab hujatan orang-orang. Bayi itu menjawab, "Salam bagiku ketika aku dilahirkan ketika aku mati dan pada waktu aku dibangkitkan nanti."(QS. Maryam: 33)
Menurut Sayyid Haidar Amuli, bila kita terlalu banyak bicara, kita takkan mampu untuk mendengarkan isyarat-isyarat gaib yang datang kepada kita. Kita juga menjadi tak sanggup mendengar kata-kata hati nurani kita. Suara mulut kita terlalu riuh sehingga isyarat-isyarat dari alam malakut (alam ruh) tak terdengar oleh batin kita. Kita terlalu banyak mendengarkan suara kita sendiri.
Puasa bicara diajarkan di dalam Al-Quran khusus kepada orang-orang saleh yang tidak hanya menjalankan syariat saja tetapi juga ingin memperindah syariatnya dengan usaha lebih lanjut. Puasa tarekat tidak berarti meninggalkan puasa syariat. Puasa tarekat adalah memperindah puasa syariat; menghiasnya agar lebih bagus.
Ketika kita berpuasa, setelah kita meninggalkan kata-kata kotor dan menyinggung perasaan orang, kita juga meninggalkan kata-kata yang biasa-biasa. Hanya supaya pembicaraan kita tidak mengambil alih zikir yang seharusnya kita lakukan di bulan Puasa. Nabi Zakaria as, ketika diberitahu bahwa ia akan mempunyai anak yang bernama Yahya, merasa amat bahagia karena dalam usianya yang amat tua, ia belum juga dikaruniai seorang putra. Zakaria as sering berdoa, "Tuhanku, sudah rapuh tulang-tulangku, sudah penuh kepalaku dengan uban, tapi aku tak putus asa berdoa kepada-Mu." (QS. Maryam: 4) Satu saat, Tuhan menjawab, "Aku akan memberi kepadamu seorang anak." (QS. Maryam: 7) Zakaria as hampir tidak percaya, "Bagaimana mungkin aku punya anak, ya Allah. Padahal istriku mandul dan aku pun sudah tua renta." (QS. Maryam: 8) Lalu Tuhan menjawab, "Hal itu mudah bagi Allah. Bukankah kamu pun asalnya tiada lalu Aku ciptakan kamu." (QS. Maryam: 9) Zakaria masih penasaran dan ia minta kepada Allah, "Apa tandanya, ya Allah?" Tuhan menjawab, "Tandanya ialah kau harus puasa bicara. Kau tidak boleh berkata kepada seorang manusia pun selama tiga hari berturut-turut." (QS. Maryam: 10)
Zakaria as diperintahkan Tuhan untuk mensyukuri nikmat yang diterimanya dengan berpuasa bicara. Itulah juga nasihat kepada seorang suami yang istrinya sedang mengandung; belajarlah puasa bicara. Usahakan sesedikit mungkin berbicara. Insya Allah, jika selama istri kita mengandung, kita berpuasa bicara, maka Allah akan memberikan kepada kita seorang anak seperti Yahya yang cerdas, arif, berhati lembut dan suci, bertakwa kepada Allah swt, dan sangat berkhidmat kepada orang tuanya, tak pernah memaksakan kehendaknya. Itulah ganjaran kepada orang yang puasa bicara.
Puasa bicara adalah puasa tarekat. Hanya dengan puasa bicara, batin kita menjadi lebih tajam untuk mendengarkan isyarat-isyarat gaib, mendengarkan hati nurani. Ketika kita terlalu banyak bicara, kita menjadi tuli. Dalam peristiwa mikraj diceritakan ketika Nabi Muhammad saw isra dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsha, beliau melihat di pertengahan jalan ada seorang yang mengguntingi lidahnya berulang kali. Malaikat Jibril menjelaskan, "Itulah tukang-tukang ceramah yang suka memberikan nasihat kepada orang banyak tetapi ia tidak mempraktikkan apa yang ia khotbahkan."
------
Posted at 11:58 pm by apet
Permalink
Friday, July 22, 2005
Bila disebut perkataan sedekah, tergambar di fikiran kebanyakan umat Islam tentang suatu aktiviti yang melibatkan pengeluaran harta benda untuk diserahkan kepada orang lain bagi tujuan membantu secara sukarela. Sedekah seringkali dikaitkan dengan material mungkin kerana istilah yang biasa digunakan oleh masyarakat seperti ‘memberi sedekah’ dan ‘peminta sedekah’ yang melambangkan satu pemberian dan penerimaan barangan.
Sedekah kurang mendapat perhatian di kalangan sesetengah masyarakat Islam untuk dijadikan satu amal soleh kerana pada mereka ianya melibatkan harta benda. Sudah menjadi lumrah manusia yang amat mencintai agama dan kerana itulah Allah menjadikan harta itu salah satu ujian untuk manusia. Satu aspek lain yang mungkin menjadikan sebahagian umat Islam hari ini agak keberatan untuk bersedekah kerana menganggap amalan sedekah itu kurang pahalanya, jika dibandingkan dengan amalan-amalan lain seperti sembahyang, puasa dan seumpamanya.
Sebenarnya kalau umat Islam menyedari hakikat dan pengertian sedekah itu sendiri sudah tentu masing-masing akan menghormati peranan sedekah dan sudah tentu berlumba-lumba untuknya. Jika diteliti dalam al-Quran ataupun hadith-hadith nabi, kita akan bertemu dengan banyak keterangan berhubung dengan sedekah. Boleh dikatakan amalan sedekah ini merupakan amalan yang paling banyak cabangnya kerana ia mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan semua ibadat-ibadat lain.
Hubungan sedekah dengan amalan-amalan lain memang jelas kerana sedekah itu sendiri akan mengiringi ibadat lain. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda di dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menjadikan anak Adam itu sebanyak 360 ruas tulang. Sesiapa yang bertakbir, bertahmid, bertahlil, bertasbih, beristighfar kepada Allah dan membuang batu, duri atau tulang dari mengganggu tempat lalu lalang manusia atau menyeru melakukan kebaikan atau melarang daripada melakukan perkara mungkar sebanyak 360 kali, maka sesungguhnya ketika itu dia telah berusaha untuk menyelamatkan dirinya daripada api neraka” (riwayat Muslim). Ini memberi erti bahawa sedekah itu tidak hanya tertumpu kepada harta benda semata-mata, malah ianya mempunyai pengertian yang sangat luas mencakupi semua bidang kehidupan.
Amalan sedekah juga amat mudah dilakukan sekiranya umat Islam mengetahuinya. Mungkin sesetengah umat Islam merasa sukar untuk bersedekah kerana tidak mempunyai harta. Namun Islam telah membekalkan pelbagai alternatif untuk semua peringkat umat Islam agar mereka mampu bersedekah kerana Islam adalah sebuah agama yang praktikal dan adil dalam menetapkan sesuatu ibadat agar pahalanya dapat dirasai oleh semua orang yang mahu mendapatkannya. Kalaulah Allah hanya menetapkan sedekah itu dalam bentuk harta benda sahaja sudah tentu golongan umat Islam yang miskin tidak akan menikmati pahala sedekah sepanjang hidup mereka.
Pernah berlaku dalam satu peristiwa dimana seorang lelaki yang mengembara di padang pasir merasa amat dahaga dan beliau terjumpa sebuah perigi. Untuk meminum air tersebut lelaki berkenaan terpaksa turun ke dalam perigi kerana tidak mempunyai timba. Setelah puas menikmati kesegaran air perigi, lelaki itu naik ke atas semula dan mendapati seekor anjing sedang mundar-mandir di tepi perigi dalam keadaan terjelir-jelir kedahagaan. Lelaki itu kasihan melihat anjing tersebut dan turun sekali lagi bagi mendapatkan air untuknya. Oleh kerana ketiadaan timba, dia menggunakan kasutnya sebagai timba. Kesukarannya untuk menaiki tebing perigi memaksa lelaki itu membawa kasut yang berisi air itu dengan mulutnya. Beliau puas setelah melihat anjing itu dapat menikmati air dan merasakan bahawa sudah tentu anjing itu merasa dahaga sepertimana dia sebelum menemui perigi tadi. Dalam kisah ini, Rasulullah telah memberitahu para sahabat bahawa Allah telah memberi ganjaran syurga kepada lelaki itu kerana
apa yang dilakukan itu ialah sedekah yang ikhlas meskipun ia hanya membantu anjing.
Memang menjadi tanggapan ramai bahawa setiap amalan yang besar mempunyai ganjaran yang besar. Islam tidak menafikan hakikat ini tetapi Islam tidak membenarkan umatnya memandang remeh kepada satu amalan yang kecil kerana berkemungkinan dengan amalan yang dianggap kecil itu mempunyai pahala yang sangat besar. Dalam konteks ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” (riwayat Muslim). Jelaslah disini bahawa dengan menunjukkan wajah yang ceria kepada rakan-rakan juga dianggap sedekah.
Di dalam bidang pekerjaan pula, banyak ciri-ciri sedekah yang akan diperolehi sama ada ianya secara lansung atau tidak lansung. Kita mengambil contoh seorang petani yang menanam sepohon pokok buah-buahan. Selain daripada keringat yang keluar sewaktu menanam itu dianggap sedekah, andainya pokok itu berbuah dan buah itu dimakan oleh manusia atau binatang, juga dianggap sedekah malah kalau buah itu dicuri orang sekalipun ia masih dikira sebagai sedekah.
Sesungguhnya Allah S.W.T. sentiasa memberi galakan dalam melakukan apa saja perbuatan walaupun ianya dianggap remeh. Firman Allah: ‘Dan ingatlah, apa jua yang kamu lakukan dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)’ (Surah al-Baqarah, ayat: 215). Firman Allah lagi: ‘Maka sesiapa yang membuat kebajikan sebesar zarah sekalipun, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalannya)’ (Surah al-Zalzalah, ayat: 7).
Sebenarnya masih terlalu banyak ruang-ruang sedekah yang boleh kita lakukan kerana sedekah itu sendiri mempunyai 1001macam cabang yang tidak dapat disenaraikan disini. Bagaimanapun sebagai kesimpulan dapatlah kita menghayati sepotong hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: ‘Tiap-tiap hari yang terbit matahari, semua ruas tulang manusia yang bekerja merupakan sedekah, berlaku adil antara dua orang itu sedekah, menolong orang menaiki kenderaan atau mengangkat dan membawa barang-barangnya juga sedekah, perkataan yang baik itu sedekah, setiap langkah dalam perjalanan untuk bersembahyang itu sedekah dan menghindakan sesuatu yang merbahaya di jalan juga dikira sedekah’ (Bukhari dan Muslim).
Lantaran itu kita perlu menghormati ibadat sedekah sekiranya kita benar-benar bertakwa kepada Allah S.W.T. dan takut kepada azab siksaan Allah S.W.T. di akhirat kelak sebagaimana sabda baginda: ‘ Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) sebelah biji tamar’ (Bukahi dan Muslim).
Posted at 01:23 am by apet
Permalink
Friday, July 15, 2005
Mujahadah bermaksud "berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu." Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah." Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, "Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara." Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.
Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah.... Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat. Berhubung dengan ini Abdullah ibn Mubarak berkata, 'Jika cintamu ! benar, kamu akan mentaatiNya kerana seseorang yang mencintai sesuatu sanggup mentaati sesuatu'."
Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan yang ada pada umat Islam. Kepercayaan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi. Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, "Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang." Mereka yang bermujahadah sebenarnya merupakan golongan yang mementingkan kepentingan jangka panjang. Antara perkara yang merangsang mereka untuk mengutamakan kebahagiaan masa depan ialah firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud, "aku (Allah) telah sediakan bagi hambaKu yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pern! ah dirasai oleh hati manusia."
Mujahadah adalah jambatan kepada takwa. Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, "Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, 'Bantulah dirimu dengan banyak bersujud'. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran."
Mereka yang bermujahadah akan mendapat beberapa anugerah istimewa daripada Allah berdasarkan firmanNya dalam surah Al-Ankabut ayat 69, "Mereka yang bermujahadah (yakni berjuang secara bersungguh-sungguh) pada jalan Kami akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami." Berhubung dengan ayat ini Imam Ad-Darani berkata, "Mereka yang bermujahadah berdasarkan ilmu yang diketahui, mereka akan ditunjukkan Allah tentang perkara yang belum diketahui." Fudail Iyad berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk mencari ilmu, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan untuk beramal." Junaid Al-Baghdadi pula berkata, "Mereka yang bermujahadah dengan bertaubat, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan keikhlasan." Sahabat Abdullah ibn Abbas pula berkata, "Mereka yang bermujahadah untuk melakukan ketaatan, Allah akan tunjukkan kepada mereka jalan pahala dan ganjaran."
Baru-baru ini pada tahun 2003, kita di kejutkan dengan kenyataan yang di buat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung dengan gelaran Datuk. Beliau mendedahkan ada penerima anugerah Datuk memperolehi darjah kebesaran itu setelah memberi habuan wang ringgit kepada orang-orang tertentu. Selepas wang ribuan ringgit, mungkin puluhan ribu ringgit diberikan, jadilah mereka 'tokoh masyarakat' yang bergelar Datuk. Penyakit gila pangkat dan gelaran seperti ini boleh dirawat dan terapi yang paling sesuai baginya ialah terapi mujahadah.
Posted at 11:59 pm by apet
Permalink
Monday, July 11, 2005
TIADA YANG LEBIH INDAH MELAINKAN MENJADI INSAN YANG DAIE DAN MURABBI
Tuntutlah ilmu...walaupun hanya sepotong ayat...tetapi ianya terselit dengan seribu makna...Hidup bagi orang-orang yang beriman adalah landasan kematian...
Keteguhan yang terbina daripada jalinan ukhwah lebih kukuh, bentengnya tidak mudah rapuh atau runtuh. Sebatang lidi mampu dipatahkan dan dihancurkan tetapi segenggam batang lidi, tidak bisa dipatahkan. Hidup seorang diri di kampus mungkin contoh yang terlalu simple, dan kancah kehidupannya yang tidak mencabar tidak seperti alam pekerjaan. Namun, di sinilah segala-galanya bermula…dari seorang teman kita mengorak langkah dan sehinggalah kita ke destinasi yang dituju…Lihatlah siapa kita hari ini???
Tidaklah sukar untuk kita menuju ke arah insan yang Daie dan Murabbi… kita yang dilahirkan dengan seputih kalbu, semakin dewasa semakin ia tercorak…kini mungkin ada yang berwarna hitam, kelabu dan sebagainya…tetapi adalah mustahil untuk kita semua kekal seperti dulu…terhijab daripada sebarang dosa…didikan ibu bapa menjadi asas dan tetapi kita juga menggariskannya. Gelaran sebagai khalifah yang kita pegang ini…sebenarnya telah lengkap untuk membentuk kita sebagai seorang yang Daei dan Murabbi…Alasan yang kita dengar “AKU TAK LAYAK, DAIF ILMU AGAMA BERBANDING ORANG LAIN” dan adakalanya sindirin daripada ketajaman lidah itu sendiri “BAIKI DIRI DULU SEBELUM NAK TEGUR ORANG LAIN” sedar tak sedar ianya semakin berlanjutan…sehingga bila???
Allah S.W.T tidak akan mengubah sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang akan mengubahnya.” Renungkanlah…semuanya bermula dalam diri sendiri…Adakah terlalu sukar untuk menjadi seorang Daei dan Murabbi?. Buatmu sahabat, kekuatan kita bermula dengan ukhwahfillah dan titik tolaknya adalah kerana JEMAAH. Tidak kiralah bagaimana bentuk jemaah yang kita sertai tetapi biarlah satu pegangan,dgn satu wadah iaitu HANYA KERANA ALLAH S.W.T.
Sahabat…2 musim lalu…satu misi ke satu perkampungan di Sarawak telah dijalankan. Mengenali keluarga Saudara Baru yang telah ditinggalkan dan tanpa susulan para Daei. Hati begitu tersentuh apabila mereka sudah lupa amalan sebagai seorang Islam, hal fekah jauh sekali…Dalam masa yang singkat…ku ajarkan cara-cara berwudhuk, walaupun jauh di hati…terasa diri dalam kedaifan. Lantas jemari seorang ibu yang serba kekurangan…memegang erat dibahuku dan membisikkan sesuatu “…bimbinglah anak-anak kami sepertimana dirimu” terfikir sejenak…ini adalah HARAPAN…dan tentunya ada sebab-sebab mengapa aku yang dipilih olehNYA untuk datang ke sini…Bukan kerana bangga menjadi pengajar tetapi adalah untuk memperbaiki diri agar menjadi insan yang Daei dan Murabbi…
Teringat kembali kata-kata seorang sahabat setelah tamat program pembentukan ahklak jati diri mengikut ajaran Islam, mereka memerlukan bimbingan, jangan tanam perasaan benci jika banyak menyakiti…kenakalan mereka kerana memerlukan perhatian…kita adalah FASILITATOR SEBAGAI SEORANG DAEI dan MURABBI. Jika seorang itu hanya menyediakan bahan-bahan adunan untuk masakan dan seorang lagi yang membuatnya…kuih yng terhasil adalah kerana pembuatnya dan dialah MURABBI yang sebenarnya.
Dan kita semua sudah digarisan tersebut, Cuma kesanggupan kita yang masih pudar…sahabat, Tiada yang lebih indah melainkan menjadi insan yang Daei dan Murabbi. Salam yang bersambut dan Ukhwah yang bertaut keranaNya adalah perintis untuk kita membanteras penyakit umat…
Sama-samalah kita renungkan…ingatlah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara…Allah memberi nikmat sihat adalah untuk kita semua mempertingkatkan amalan kita. Dan pernah terfikir…seketika dulu kesakitan telah dirasai dan kini nikmat sihat itu semakin pudar dan hanya masa yang menentukannya…penyesalan berbuku kerana pernah lalai… KEREDHAAN ALLAH YANG DI CARI dan kerana itulah hidup ini mesti diteruskan walaupun dalam masa yang singkat!!! InsyaAllah
Posted at 11:20 pm by apet
Permalink
Pesanan buatmu yang bernama shaabah almuslimah...

Perempuan yang ku KASIHI
adalah pencinta Tuhannya
yang mengalir cinta, takut dan harap
yang menguasai perjalanan hidupnya setiap masa
sehingga Dia memanggilnya.
Perempuan yang aku RINDUI
adalah perempuan yang di wajahnya
terpancar sinar nur Ilahi
lidahnya basah dengan zikrullah
di sudut hati kecilnya sentiasa membesar Allah
Perempuan yang aku CINTAI
yang menutup auratnya dari pandangan mata ajnabi
kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
biarpun namanya tidak terkenal di bumi
tetapi di langit, ia disanjung tinggi
Perempuan yang aku SAYANGI
bersyukur dengan apa yang ada
yang bersabar dengan apa yang tiada
cinta kepada hidup yang sederhana
yang tidak bermata dunia.
Perempuan yang aku SUKAI
adalah sejuk mata memandang
dek terlihat keluhuran akhlaknya
menjadi sumber ketenangan jiwa bila hati bergelora
Perempuan yang aku IDAMI
adalah yang mengingatkan hatiku kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim
bila rohku melupai janji pada Ilahi
Perempuan yang aku SANJUNGI
menjadi dian pada dirinya sendiri
menjadi pelita kepada bakal putera-puteriku
untuk meneruskan perjuangan di kemudian hari
Posted at 02:06 am by apet
Permalink
Wednesday, July 06, 2005
Buat Adam dr Hawa.........

Adam,
Maafkan ana jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya ana adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
ana asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana ana buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan ana,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan ana.
Tapi.....ana risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
ana sejak dulu lagi sudah tahu bahawa ana
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,
ana tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik ana,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga ana,
memerhati dan mengawasi ana agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
ana dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki ana tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa ana keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..... mengapa kau biarkan ana begini?
ana jadi ibu, ana jadi guru, itu sudah tentu katamu.
ana ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, ana ke muka menguruskan hal negara,
ana ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja ana panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam,
seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam....
Kau sebenarnya imam dan ana adalah makmummu,
ana adalah pengikut-pengikutmu
kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah ana.
Jika kau lalai, lalailah ana.
Kau punya kelebihan akal manakala ana kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
ana...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku, kerana ana sering lupa dan lalai,
sering ana tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar ana menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam,
Andainya ana masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu.......
Posted at 04:28 am by apet
Permalink
Pahitnya dunia kerana manisnya Syurga Tuhan...

Seorang sufi bermadah- "Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".
Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.
Nabi s.a.w. bersabda- "Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".
Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".
Ulamak mursyid berkata- "Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan".
Istimewa jiwa pengasih.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Saling mencintai.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".
Nabi s.a.w. bersabda- "Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata
yang baik".
Seorang hamba Allah berkata- "Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat {bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".
Segalanya dari syahwat Rasulullah s.a.w. bersabda- "Hak itu berat dan pahit sedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".
Kalau hati itu bersih.. saorang ulamak berkata- "Pandangan mata selalu menipu..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".
Wanita syurga bercahaya.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Kalau seandainya seorang wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Pohon syurga.. Rasulullah s.a.w bersabda- "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".
Seorang soleh berkata- "Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan
Tuhannya".
Sejahat jahat musuh Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".
Balaslah jasa orang ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa
balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".
Kematian kekasih Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika ana ambil kekasihnya (mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia) kemudian dia sabar melainkan syurga".
Tegas demi kebenaran..Nabi s.a.w. bersabda- "Janganlah sekali kali wibawa manusia itu melarang seseorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".
Istimewa sembahyang malam..Nabi s.a.w. bersabda- "Biasakanlah sembahyang malam sebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kamu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau kira kau bijak seorang soleh mengingatkan- "Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana
tidak tahu ilmu akhirat".
Manisnya iman seorang ulamak berkata- "Orang yang mengenal Allah dengan ilmu seperti seorang yang mengenal gula tetapi belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemanisannya".
Amalan Islam terbaik seorang lelaki bertanya- "Manakah amalan Islam yang terbaik?? Nabi s.a.w. menjawab- "Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".
Kejelitaan akan pudar seorang ulamak berkata- "Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".
Mata yang beku Rasulullah bersabda- "Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{tak sudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. panjang angan angan dan tergoda oleh dunia".
Jika engkau mahukan kemesraan seorang bijak pandai Islam berkata- "Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
Jangan cakap banyak. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tinggalkan bicara berlebihan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan
hajatmu".
Kata pemikir Islam- "Gunung yang tinggi tidak boleh menakung air.. tetapi lembah yang rendah boleh menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar dengan buku ..seorang ulama berkata- "Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".
Fikiran bak mutiara.. seorang ulama berkata- "Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin oleh jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".
Istimewa diam.. Nabi s.a.w. bersabda- "Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".
Jika Allah kasih ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".
Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan kepada siapa engkau berdosa itu.
Berkasih sayang- "Kamu lihat orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasihi.. saling cinta menyintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh. Kalau salah satu anggota terkena penyakit.. seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas".
Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah dan indah.
Kata kata hikmah- "Kemenangan diperolehi dengan berfikir secara mendalam dan benar. Fikiran benar ialah dengan menyimpan sebaik baik segala rahsia".
Ambillah hikmah dimanapun ia berada. Adakalanya hikmah bersemayam dihati sesaorang munafik namun ia akan gelisah dan tak akan berdiam diri hingga berhasil keluar dan bergabung dengan kawan kawannya didalam dada si mukmin".
Kita dapat mengubati penyakit fizik dengan ubat ubatan satu satunya ubat untuk kesepian keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih. Banyak didunia ini yang mati kerana kurang makan tapi lebih banyak yang mati kerana haus kasih sayang.
"Kegalan hanyalah kesempatan untuk memulai lagi dengan lebih cergas"
"Perbuatan yang ingin kau alami janganlah kau lakukan kepada orang lain"
"Jangan ada diantara kamu memperlakukan saudaranya dengan cara yang ia sendiri tidak ingin mengalami".
Kesabaran ada dua macam- Sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan kesabaran menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.
Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati orang bodoh berada dibelakang lidahnya.
Bila kau berniat memutuskan hubungan dengan seorang kawan.. tinggalkan kepadanya kenangan manis dirimu yang kelak akan membuka jalan kembali kepadamu di suatu saat.. jika sewaktu waktu ia ingin menjalin lagi hubungan denganmu.
Barang siapa yang menempatkan dirinya di tempat tempat yang mencurigakan.. janganlah ia menyalahkan orang lain yang berburuk sangka kepadanya.
Kesusahan dalam hidup ini laksana musim dingin ..basah dan lembab .tidak
disukai olih manusia dan haiwan tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula .. bunga bunga yang harum dan buah yang subur.
Adakalanya dalam hidup ini kita terpaksa berkorban untuk membahagiakan orang lain ..bulan takkan menyinarkan cahayanya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya di siang hari.
Curahkan sedikit kebaikkan dan pasti kita akan merasai nikmatnya.
Ketika iman sudah menghias hati dan kelazatannya mula dikecapi semua ujian dan tribulasi tidak akan menggugat diri. Kesuyian.. kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesykuran kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya.
Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar... meskipun ribuan mata tidak melihatnya ...
Posted at 04:21 am by apet
Permalink
Thursday, June 30, 2005
Panduan Mencari Kebahagiaan Di Dunia & Akhirat...
SESUNGGUHNYA kebahagiaan di dunia ini adalah bersifat sementara. Bahagia dengan pangkat besar, rumah mewah dan sebagainya hanya bagi tempoh terhad. Orang yang dilimpahi nikmat kekayaan juga akan berakhir dengan mati.Dalam hal ini Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia) bahawa kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit. Maka menjadi subur kerananya tumbuhan di muka bumi. Kemudian tumbuhan itu menjadi kering dan diterbangkan angin. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Al Kahfi: Ayat 45)
Islam amat menggalakkan umatnya berusaha bagi mencari kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat. Rasulullah S.A.W juga menganjurkan kita supaya sentiasa berdoa seperti yang terdapat dalam Al Quran yang bermaksud:
“Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 201)
Para ulama mentafsirkan kalimah hasanah dunia dan hasanah akhirat dengan pengertian berikut:
Kesihatan badan dan jiwa.
Ilmu yang bermanafaat.
Amalan yang soleh.
Keimanan yang teguh.
Ikhlas beramal dan mendapat keredaan Allah.
Disenangi umat manusia.
Hidup bahagia dengan rezeki dan harta.
Rumah tangga yang bahagia dan mendapat anak yang soleh.
Selamat dari seksaan kubur.
Dapat masuk syurga dengan segala kenikmatan yang abadi.
Islam memperingatkan sesiapa yang hanya mencari kebahagiaan dunia akan hilang kenikmatan itu kerana ia bersifat sementara. Keadaan ini jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud:
“Kesenangan di dunia ini hanya sementara dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan Kami tidak akan anianya sedikit pun.” (Surah an Nisa’: Ayat 77)
Sesungguhnya kebahagiaan di dunia dan akhirat boleh dicapai dengan berpegang teguh dan yakin kepada tuntutan al-Quran dan sunnah rasul yang menjadi pedoman hidup manusia sama ada untuk dirinya,keluarga, jiran dan masyarakat.
Al-Quran berulang kali memperingatkan keimanan yang teguh serta amalan soleh dan ikhlas kepada Allah yang dapat memberi kebahagiaan abadi.
Keadaan ini jelas kalau kita perhatikan Firman Allah yang bermaksud:
“Barang siapa mengerjakan amal soleh, lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah An Nahl: Ayat 97)
Untuk mendapat kebahagiaan abadi, kita perlu mengamalkan prinsip-prinsip berikut:
Menjadikan diri orang yang baik dan patuh kepada segala perintah Allah. Kita hendaklah bersikap ramah dalam pergaulan, gembira dan bersyukur atas segala nikmat dan tidak berdendam serta bersabar atas qada dan qadar.
Bersungguh-sungguh mengerjakan ibadat siang dan malam agar mendapat keredaan Allah dalam kehidupan.
Menjauhkan diri daripada sifat munafik, noda dan dosa yang menyebabkan masuk neraka di akhirat kelak.
Bersifat murah hati menderma dengan mengeluarkan harta atau sedekah, tidak kikir. Firman Allah s.a.w bermaksud: “Dan belanjalah (harta benda mu) di jalan Allah dan janganlah kamu men jatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 195)
Mentauhidkan Allah iaitu mengesakan-Nya tanpa syirik kepada-Nya dengan segala yang lain. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.” (Surah Al Baqarah: Ayat 163)
Menjauhi zina kerana ia perbuatan mungkar, keji dan hina serta terkutuk dan berdosa besar. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan suatu jalan
yang buruk.” (Surah Al Israk: Ayat 32)
Tidak membunuh iaitu tidak membunuh terhadap diri sendiri dan terhadap orang lain yang halal darahnya. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah, melainkan dengan hak. Dan barang siapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah berikan kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli itu melampau batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang ang mendapat pertolongan.” (Surah Al Israk: Ayat 33)
Sesungguhnya kebahagiaan selalunya datang secara kebetulan saja. Kebahagiaan bukan seperti sebuah rumah yang dapat dibangunkan dengan tangan. Kebahagiaan itu
laksana lagu merdu yang didengari ketika sedang memanjat tanah tinggi dan apabila turun dari sebelah sana bunyi itu akan lenyap dari telinga kita. Dan hidup bahagia yang abadi ialah hidup yang diredai Allah dan Rasul-Nya serta disenangi semua manusia.
"
Posted at 11:53 pm by apet
Permalink
DI MANA ALLAH dalam HATI KETIKA UMAT ALPA dengan DUNIAWI..
Sesekali kita perlu merenung jauh ungkapan “ di mana Allah dalam hati kita,” agar kita dibayangi kasih saying Allah dengan apa yang kita lakukan, dalam kehidupan harian yang banyak menjurus kepada habuan duniawi lebih daripada mengingati Allah.
Kita perlu meletakkan dalam minda beberapa persoalan untuk dijawab, di mana ia boleh membantu meningkatkan iman,hubungan serta keupayaan untuk majudalam pelaksanaan ibadat yang sangat-sangat dituntut oleh Islam.
Persoalan seperti-adakah kita telah mengagungkan Allah dalam perkara yang patut diagungkan? Bagaimana pula keagungan terhadap Allah menyerap masuk dalam sanubari kita?
Sehubungan ini, Saidina Ali bin Abi Talib ada mengungkapkan kata-kata masyhurnya yang memuji golongan solihin, antara lain beliau menyebut: sesungguhnya keagungan Allah sentiasa bertapak dalam hati, apa yang mereka lihat selainNya adalah kecil belaka.
Cuba perhati serta renung secara mendalam kehidupan golongan solihin, yang penuh dengan pujian terhadap Allah atas segala keagungan ciptaanNya.
Suasana ini telah menjadikan mereka sentiasa cermat dalam bertindak, berusaha tidak menyinggung kesucian Islam dengan kata-kata atau perbuatan. Mereka hanya takut kepada Allah dan tidak kepada makhluk apatah lagi derhaka kepadaNya.
Keagungan hanya layak disanjung terus kepada Allah, tidak memohon sesuatu melainkan kepadaNya. Hati mereka hanya berpaut hanya untukNya, semua yang ada di muka bumi ini kerdil dan bersifat sementara, hanya Allah sahajalah yang kekal tanpa kesudahan.
Justeru, di manakah kita terhadap cinta kepada Allah? Bagaimana hubungan kita denganNya? Adakah kita benar-benar memelihara kebenaran konsep cinta hanya kepadaNya atau ada yang lain turut menerima cinta kita untuknya? Adakah kita telah melakukan apa yang dikehandakiNya dalam proses kita meletakkan cinta hanya kepadaNya?
Perhatikan firman Allah kepada nabi Daud : “Wahai Daud! Sesungguhnya engkau menghendaki sesuatu daripadaKu, ana pun menghendaki sesuatu daripadamu. Jika engkau benar-benar taat kepadaKu pada apa yang ana mahu, maka ana akan permudahkan apa yang engkau mahu. Jika engkau menentangKu pada apa yang ana mahu, maka ana akan menyusahkan engkau, maka berusahalah pada apa yang ana mahu.
Dalam suasana yang lain pula, Allah ada menyatakan dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud : “jika mana-mana hambaKu mentaatiKu, maka ana redha (rela) kepadanya, bila ana redha kepadanya maka akan ana berkati seluruh hidupnya, sesungguhnya keberkatan ana tidak ada penghujungnya, dan jika hambaKu melakukan maksiat kepadaKu, ana marah kepadanya, bila ana marah kepadanya maknanya ana melaknatnya.
Ketahuilah sekalian umat Islam, walau di mana mereka berada, dalam apa jua jawatan yang disandangnya, sesungguhnya Allah tidak suka kepada hambaNya yang memenuhi ruang hidupnya dengan pelbagai kebendaan dunia, hingga tiada ruang Allah di dalam hatinya.
Apatah lagi untuk mengingatiNya dengan berzikir, jika Allah Maha Besar dalam segenap tindak-tanduk hambaNya, anak yang disayangi dijadikan korban tanpa berbelah bagi, itulah terjadi yang kepada Nabi Ibrahim yang menyembelih anak kerana patuh kepada perintah Allah.
Dalam hal ini, baginda Rasulullah dan para sahabat tidak banyak bertanya, apatah lagi ragu terhadap perintah Allah untuk menghalakan kiblat ke Baitullah (Kaabah). Walaupun sebelum itu kiblat yang dihalakan adalah Masjid al-Aqsa, kerana Allah adalah segala-galanya dalam hidup mereka.
Hidup dan mati mereka hanya untuk Allah dan bukan yang lain, kerana yang lain selain Allah akan mati dan memerlukan sokongan lantaran kelemahan dan tidak sempurna.
Waktu sesuai untuk mendampingi Allah
Sekali lagi kita tanya diri sendiri “Di mana Allah dalam hati kita?” Adakah kita rasa amat gembira bila dapat berdamping denganNya atau sebaliknya? Adakah kita telah berusaha agar Allah sentiasa bersama kita?
Kalau begitu, sejauh manakah kita rasa gembira menerusi solat yang dilaksanakan ketika mendampingi dan bermunajat kepadaNya?
Apakah yang kita dapat rasai ketika sujud di dalam solat dan sejauh mana kita meneruskan zikir terhadapNya bukan hanya terbatas selepas solat, ingatlah ketika Allah menyebut : “ana bersama hambaKu ketika dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak kerana ana”
Adakah kita dapat meluangkan sepertiga malam untuk menyepi diri bersama Allah? Tidakkah kita teringat akan janji-janji Allah kepada kita yang mampu bangun di tengah malam-Allah menyebut: “adakah terdapat hambaKu yang bangun di tengah malam untuk bertaubat, di mana ana menerima taubatnya, yang memohon keampunanKu, maka ana ampunkan segala dosa-dosanya dan memohon sesuatu maka ana berikan kepadanya”
Tidakkah kita mahu berusaha untuk menjadikan hati-hati kita ini penuh dengan pujian kepada Allah, berkorban keranaNya untuk meninggikan syiar agamaNya walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan halangan.
Berapa banyak ruang yang ada pada kita untuk memerhatikan segala nikmat yang dianugerahkan Allah ke atas kita, terus bersyukur kepadaNya tanpa sebarang perasaan prejudis. Pernah terlintas dalam pemikiran kita bagaimana Allah menganugerahkan nikmat hidayah, kesihatan, harta, ilmu pengetahuan, kepandaian, kemahiran, bakat, anak-anak, ibu bapa, isteri atau suami kepada kita.
Atau kita hanya sekadar menerima nikmat tanpa sebarang balasan untuk beramal dan mematuhi segala titah perintah Allah.
Sesungguhnya ketahuilah wahai saudara saudari seagama! Dunia dan bumi yang kita pijak ini menjanjikan pelbagai kehancuran, ia boleh berlaku pada apa yang kita ada atau kita cari, termasuk harta benda, anak-anak, pangkat dan jawatan, tapi apa yang penting, di mana Allah dalam hati kita?
Jika tergerak hati untuk melakukan sesuatu kejahatan, tanyalah diri di mana Allah dalam hati kita? Allah kah yang patut dicari atau maksiat yang patut ditembusi, bagaimana keadaan ana ketika hendak bertemu dengan Allah (mati) sedangkan ana melakukan maksiat kepadaNya?
Apabila kita ingat Allah pada waktu susah, pasti Allah akan ingat kita pada waktu kita senang dan lapang.
Demikianlah peringatan yang perlu kita sama-sama ingatkan antara satu sama lain, agar Allah ada dalam hati kita sama ada pada perkara sekecil-kecilnya atau yang sebesar-besarnya, Tanya diri – di mana Allah dalam hati kita?
Posted at 11:51 pm by apet
Permalink
|
|
 |